Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU



mari BERSATU BERSAMA MARTABAT PROFESI PERGURUAN... ini kewajipan semua org..kerana semua org ada guru..hihik... BERSAMA KITA BERSATU MARTABATKAN PROFESI PERGURUAN yg selama ini krj buat2 lupa... HARAPAN KPD TPM MERANGKAP MENTERI PELAJARAN TUK MENGANGKAT MARTABAT GURU KITA KE TEMPAT YG LAYAK..YG HAK YG SEPATUTNYA ...malu la jika beliau tidak mampu berbuat apa tuk mengangkat martabat guru... mana kredibiliti n karisma beliau

Wednesday, May 5, 2010

Bahasa
Melayu
Kertas 2
Jun
2010
21 1/2 jam
SULIT 1103/1






PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MELAYU




Kertas 2



Dua jam tiga puluh minit






JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 1 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi





Kertas solan ini mengandungi 7 halaman bercetak




Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang strategi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan kepentingan
menguasai bahasa tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.


Pencapaian yang kurang menggalakkan di kalangan pelajar Melayu dalam mata
pelajaran bahasa Inggeris menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Justeru pelbagai
cadangan diajukan demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar
terutamanya pelajar bumiputera.
Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kaedah pengajaran yang tidak
berkesan merupakan salah satu faktor pelajar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan
baik selain kurangnya motivasi dalam diri pelajar itu sendiri. Justeru beliau menekankan
bahawa sistem pengajaran dan pendidikan di sekolah dibaiki iaitu dengan menyemak sukatan
pelajaran semula. Kementerian Pendidikan khususnya, mula memastikan guru-guru yang
mengajar bahasa Inggeris benar-benar terlatih dan pakar. Mereka diberi latihan agar mampu
menimbulkan suasana yang menyeronokkan sepanjang sesi pembelajaran. Dengan ini para
pelajar tidak akan berasa jemu malah mereka akan menyukai subjek ini. Guru-guru juga
dinasihatkan agar menggiatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kegiatan kokurikulum,
misalnya mengadakan kelab bahasa Inggeris, debat dan sebagainya.
Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Awang Sariyan pula
menegaskan bahawa prasarana atau infrastruktur dilengkapkan untuk memungkinkan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu berlaku dalam suasana yang kondusif,
misalnya melengkapkan makmal bahasa kerana makmal bahasa penting dalam membantu
penguasaan bahasa yang baik. Pada masa yang sama bahan bacaan dan bahan persuratan
dalam bahasa Inggeris diperbanyak terutamanya di pusat-pusat sumber sekolah ataupun
perpustakaan awam untuk memudahkan pelajar membuat rujukan dan pinjaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa para pelajar sendiri mula memotivasikan diri dan tidak
memandang ringan terhadap bahasa Inggeris. Sikap kurang membaca dan tidak mahu
mempelajari bahasa asing menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka masih di takuk
lama. Mereka berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana bimbang diejek oleh
rakan-rakan. Dalam hal ini, guru berperanan menggalakkan pelajar-pelajar berkomunikasi
dan bersoal jawab dalam bahasa Inggeris baik sewaktu sesi pembelajaran mahupun ketika di
luar kelas.
Sudah tiba masanya bagi pelajar-pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi untuk bangun
daripada mimpi dan menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris itu amat penting. Pihak
Kementerian Pendidikan pula perlulah memikirkan pelbagai alternatif untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris. Langkah menggunakan khidmat guru-guru Bahasa Inggeris
yang sudah bersara merupakan langkah yang bijak. Dengan kemahiran dan pengalaman yang
dimiliki oleh guru-guru ini, tidak mustahil mutu bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.

(Diubahsuaikan daripada Cadangan Sekolah Aliran Inggeris,
Dewan Masyarakat, Julai 2002)





Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud frasa masih di takuk lama.
[ 2 markah ]

(ii) Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menguasai bahasa
Inggeris?
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah implikasi yang timbul sekiranya para pelajar tidak
menguasai bahasa Inggeris dengan baik?
[ 4 markah ]


Soalan 2 (b) Petikan Cerpen/Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

MASAYU : Hentikan segala angan-anganmu. Aku bukan datang untukmu.
Aku mencari suamiku.

SRISEGALA : Ohhh! Si pelakon handal ini suamimu?

MASAYU : Bebaskanlah suamiku. Kenapa mesti dia diseksa begini?

SRISEGALA : Masayu! Suamimu orang bijaksana. Aku suka pada orangorang
sepertinya. Biarlah dia di sini bersama kami. Akan besar
faedah dan gunanya kepada kami.

MASAYU : Tidak! Kau mengurungnya. Dia tak akan dapat berbuat sesuatu
untukmu. Sekali lagi aku meminta atas nama kasihan belasmu ..
janganlah kami dipisahkan.

SRISEGALA : Masayu! Kau terlambat dan telah ketinggalan. Tidak pernahkah
kau mendengar ertinya belas kasihan?

TUTA 1 : (Bangun) Belas kasihan ... ertinya ...

SRISEGALA : Cukup! Kita tidak perlukan siaran ulangan. Masayu! Aku
memberikan pertolongan maha besar pada suamimu di sini.

TUTA 1 : Tolong damaikan hatinya.

(Dipetik daripada drama
Kerusi oleh Hatta Azad Khan dalam
antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pusta

(i) Mengapakah Masayu mencari suaminya?
[ 3 markah ]

(ii) Pada pandangan anda, apakah tindakan-tindakan lain yang perlu diambil oleh
Masayu untuk membebaskan suaminya?
[ 3 markah ]

(iii) Huraikan satu perwatakan Srisegala dalam petikan drama di atas dan dua
perwatakannya lagi daripada keseluruhan drama tersebut.
[ 3 markah ]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tun Beraim Bapa pun melompat ke kanan sekali dan ke kiri sekali serta
dikertangkannya perisai itu, lalu ghaib tiada kelihatan kiamnya pada tangan kirinya. Maka
pedang itu pun ketarkannya lalu ghaib matanya tinggal ulunya pada tangan kanannya. Maka
Tun Beraim Bapa pun lalu sujud menyembah Sultan Ahmad dan semua gurunya sujud
menyembah Sultan Ahmad. Setelah dilihat oleh segala pendekar Keling perkasanya Tun
Beraim Bapa itu semuanya amat dahaha dan hairan dan gementar dagunya seperti ayam
takutkan helang, demikianlah lakunya. Maka segala pendekar Keling itu berkata sama
sendirinya. Seumur kita ini belum pernah kita melihat sikap manusia seperti kelakuan Tun
Beraim Bapa ini, jangankan kita melawan dia, memandang matanya pun takut rasanya.
Maka sabda Sultan, “Hai segala kamu pendekar Keling, lawanlah olehmu
hulubalangku ini dan pendekarku ini.” Maka segala pendekar Keling itu pun berdiam dirinya,
lalulah ia kembali ke kapalnya dengan malunya menunduk kepalanya, lalulah ia belayar.


(Dipetik daripada Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah maksud seperti ayam takutkan helang berdasarkan petikan di atas?
[ 2 markah ]

(ii) Huraikan sifat-sifat yang dimiliki oleh Tun Beraim Bapa.
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang dapat dilakukan oleh Sultan Ahmad setelah Tun
Beraim Bapa berjaya mengusir pendekar Keling?
[ 3 markah ]









Soalan 2 (d) Petikan Puisi Tradisional

Baca pantun di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.

(Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i) Huraikan maksud rangkap pertama pantun di atas.
[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah perlunya Alam terbentang dijadikan guru?
[ 3 markah ]

(iii) Nyatakan empat persoalan yang terdapat dalam pantun ini.
[ 4 markah ]


7
Soalan 3 : Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan


(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan
perkataan sebagai peribahasa, dan nama khas.

(i) iring
(ii) seiring
(iii) mengiring
(iv) beriring-iring
(v) pengiring
(vi) iringan
[ 6 markah ]


(b) Pisahkan ayat-ayat di bawah kepada ayat tunggal.

(i) Bangunan yang sedang dibina itu kepunyaan syarikat kami.
(ii) Jurujual itu datang ke rumah ketika ayah tiada di rumah.
(iii) Generasi muda kurang berminat memakai pakaian tradisional sebaliknya
ghairah berpakaian ala Barat.
[ 6 markah ]



(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah.
Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pemerhatian serius serta sikap perihatin masyarakat berhubung dengan
masalah keruntuhan akhlak mestilah dilakukan agar masalah itu tidak terus
merebak.

(ii) Kerajaan telah mengkhaskan kawasan peranginan itu untuk para pelawat
beristirehat.

(iii) Golongan remaja mungkin mempamirkan tingkah laku yang negatif untuk
menunjukan kepada orang-orang dewasa perasaan tidak puas hati mereka.

[ 6 markah ]






(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kanak-kanak dilarang dari membidas perbualan orang yang lebih tua kerana
perbuatan itu dianggap biadap.

(ii) Pihak polis telah berjaya membanteras rahsia penyeludupan itu melalui
penyiasatan yang pihak perisik lakukan setelah mendapat maklumat daripada
orang ramai.
(iii) Banyak kuih-muih diaturkan oleh ibu di atas meja bersempena dengan
sambutan hari jadi anaknya.
[ 6 markah ]


(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Kita sebagai rakyat yang taat setia kepada negara ini sepatutnya tidak memburukburukkan nama negara kita sendiri. Kita seharusnya menentang usaha-usaha pihak yang tidak bertanggungjawab demi memastikan keamanan dan kesejahteraan yang
kita kecapi selama ini terus dipertahankan. Kita tidak mahu dicap sebagai penderhaka
kepada negara yang memberikan kita kehidupan selesa selama ini. Oleh itu, kita
hendaklah berjuang mempertahankan negara kita daripada segala ancaman musuh.

[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel
yang berikut.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohamad


(a) Pada pendapat anda mengapakah novel yang anda kaji dapat menimbulkan keinsafan
kepada pembaca?
[ 7 markah ]

(b) Huraikan perbandingan tema antara dua buah novel yang anda kaji.

[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT
Bahasa
Melayu
Kertas 1
Jun
2010
21 1/4 jam
SULIT 1103/1






PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHASA MELAYU




Kertas 1



Dua jam lima belas minit






JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



1. Kertas soalan ini mengandungi 2 Bahagian, iaitu Bahagian A dan
Bahagian B.

2. Jawab soalan bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi




Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak










Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit]
[ 100 markah ]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
melebihi 350 patah perkataan.

1. Setiap tahun sambutan Hari Guru diadakan di setiap sekolah. Sekolah anda tidak
ketinggalan untuk mengadakan sambutan tersebut. Pelbagai program telah diadakan
oleh para pelajar untuk memeriahkannya.
Gambarkan keadaan dan suasana semasa sambutan berlangsung.


2. Kepentingan sektor pertanian dalam pembangunan negara tidak boleh dipandang
remeh. Sebagai penulis di sebuah majalah anda berminat untuk mengupas isu tersebut
dengan mengemukakan langkah-langkah bagi memajukan sektor pertanian di negara
kita.
Tulis rencana itu selengkapnya.


3. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh guru tetapi juga melibatkan ibu bapa.
Bincangkan.


4. Kawasan perumahan di tempat anda tinggal sering menghadapi masalah bekalan air.
Hal ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk setempat. Sebagai
ketua masyarakat di situ, anda diminta untuk membuat aduan kepada pihak berkenaan
dengan menyatakan masalah-masalah serta mengemukakan cadangan bagi mengatasi
masalah tersebut.
Tulis surat itu selengkapnya.


5. Anda telah menghadiri bengkel penulisan cerpen. Sekembalinya anda menghadiri
bengkel tersebut, anda dikehendaki menyampaikan ceramah kepada rakan-rakan anda
tentang teknik penulisan cerpen yang baik dan usaha-usaha menjadi penulis yang
berjaya.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.